Sunday, March 22, 2009

Kecelaruan Pengajian Dr Asri Kepada Pelajar.


Umpamanya, di sebelah Eropah ini, pada musim sejuk seperti sekarang, waktu siang agak singkat. Waktu solat mereka berkejaran dengan waktu kelas atau peperiksaan. Sebenarnya, dalam hal yang seperti ini, mereka boleh mengamalkan solat jamak, tanpa qasar. Sekalipun jika mereka menganggap diri mereka sudah tidak bermusafir, mereka tetap mempunyai peruntukan untuk menjamakkan solat tanpa qasar.

Jamak bermaksud menghimpun dua solat dalam satu waktu, samada pada waktu pertama, atau kedua. Ini bagi solat zohor dan asar, atau maghrib dan isyak. Maka boleh dihimpunkan solat zohor dalam waktu asar, atau sebaliknya. Demikian maghrib dan isyak. Adapun qasar, iaitu memendekkan solat empat kepada dua rakaat, maka ia dikhususkan untuk mereka yang bermusafir. Sementara jamak, boleh untuk dilakukan oleh mereka yang sakit, ketakutan, terlalu sibuk, hujan, terlalu sejuk, musafir dan segala kesusahan yang lain.

Maka bagi yang kesuntukan masa, seperti pelajar, atau doktor bedah, atau ahli parlimen, atau polis yang bertugas menjaga lalu lintas, atau mereka menjaga jentera yang sukar untuk ditinggalkan, maka peruntukan jamak ada dalam hadis ini untuk mereka. Namun malangnya di Malaysia, ada yang sanggup meninggalkan solat apabila masuk hospital atas alasan sukar untuk solat.

Apa tidaknya, fekah yang diajar diajar begitu sukar kerana ditokok tambah berbagai hukum lain yang memayahkan. sehingga disuruh sesiapa yang sakit tidak mampu berwuduk sepenuhnya untuk wuduk separuh dan bertayamum sebakinya. Orang sihat pun hanya berwuduk, tiba-tiba yang sakit disuruh wuduk dan tayamum.

Para pelajar di sini mempunyai masalah kerana anjing begitu banyak. Ramai yang membawa anjingnya ke sana sini. Jalan menjadi kotor dengan najis anjing yang berselerakan. Berselisih dan bersentuh dengan anjing bukan perkara luar biasa. Demikian juga dengan daging babi yang amat digemari oleh ‘orang puteh’. Kefahaman fekah tempatan kita menjadikan sesetengah pelajar kita begitu gusar dalam masalah ini.

ualasan: Tok Peti yang dah ditamatkan perkhidmatannya kini tawaf di seluruh Eropah untuk mengajar fahaman-fahaman yang bertentangan kepada pelajar-pelajar luar negara.Maka dengan itu kita lihat ramainya penuntut IPTA di negara ini melakukan solat jamak tanpa bermusafir kerana nak duduk dalam kelas.Begitu juga dengan golongan elit yang sibuk mengejar harta dunia hingga tak boleh luangkan masa nak solat yang tak sampai 5-10 minit.Kalau berhenti tea-break atau keluar dari mesyuarat nak hisap rokok boleh pulak!!!!!

Dalam soal berwuduk atau bertayamum nampaknya cara Asri ni dah jauh menyimpang.Ini kerana beliau menganggap bertayamum itu satu kepayahan bagi orang sakit.Saya pernah masuk hospital juga tak boleh bangun maka anak saya wudukkan atau tayamumkan saya.Apa itu payah sangat ke?

Begitu juga soal binatang anjing dan babi yang ditulis oleh bekas Tok Peti ini.Nampaknya beliau cuba nak bagitahu bahawa kedua-dua binatang ini boleh disentuh.Beliau juga menuduh di Eropah najis anjing berselerakan di sana sini.Kita sedia maklum kalau di Eropah soal kebersihan amatlah dijaga, mana mungkin najis anjing tu bersepah-sepah.Akibatnya ramailah pemilik anjing tu disaman oleh pihak penguasa kerana di Eropah penguatkuasaannya amat tegas.

Hukum fiqah yang diajar bukanlah untuk memayahkan tapi bekas Tok Peti ni ambil mudah perkara ini.Kalau wuduk tak sempurna apakah solat kita akan diterima?Inilah akibatnya kerana cuba memandai sendiri kerana tak nak ikut mazhab maka akan ramailah umat Islam akan bermazhab Tok Peti.



9 comments:

razi70 said...

Salam, Kalau macam Dr Asri tu ajar mudah sangatlah nak solat.Agaknya yang sibuk pergi tengok bola petang2 dah ada kat stadium atau tengok konsert bolehlah jamak ya......Maklumlah sibuk mana sempat nak Maghrib tambah pulak KL jam.Kalau ahli Parlimen dengar belanjawan berjam2 bolehlah ikut cara Asri yg tak betul ni.

Anonymous said...

Looking wow gold for thrilling weapons, wow gold items and new pets? Beating wow gold the more powerful and wow goldcrueler giants? Becoming the cheers of your clanbuy wow goldand impressing your friends? wow gold All in http://www.masswowgold.com, We are the
wow gold best alliance of the online wow goldgame players! We have: 24×7 online wow gold support;50,000+ registered users;10,000+Paypal
cheap WOW gold reputations;4 years professional service provider;We get wow gold gold from the players cheap WOW gold who do not need them any more or wow goldcollect them from the direct cheap WOW gold gold farmers with wow gold lower price. Now the sell wow gold WOW gold is under big promotion. sell wow gold Registered Member will get 10% bonus.wow gold 5000 Most of the orders can be completedv buy wow gold in 3 hours. And we will give our customers the extra 5% gold if wow gold 5000 we can not complete the order in cheap WOW gold 24 hours.We deliver cheap WOW gold the gold by sell wow gold face-to-face trade wow gold 5000 in game only. Full refund will be warranted if wow goldwe can not complete the cheap WOW gold orders in cheap WOW gold time.

Awe Highbrow said...

Saudara adalah insan terpilih di beri oleh Allah kemudahan dan kekuatan yang luarbiasa dalam mengerjakan solat. Saya pernah belajar dan tinggal di UK amat bersetuju dgn pandangan Ustaz Asri. Saya berharap Ustaz pergi ke UK dan menjalani kehidupan di sana untuk memahami kepayahan untuk bersolat di UK

Zainal bin Ariffin said...

Alhamdulillah kerana Awe highbrow dan saudara kita di UK mendapat manafaat daripada keluasan ilmu fiqh Islam iniyang dikemukakan oleh Dr Asri dan Ahli-ahli Hadis yang lain. Kita perlu melihat seseorang itu dengan sangka baik barulah kita dapat membuat pertimbangan dengan sewajarnya. Seperkara lagi jangan lah pegangan mazhab menjadi penghalang kepada kita untuk mempraktik sunnah. Mana pegangan mazhab yang tepat dengan sunnah pertahankanlah. Mana-mana pegangan mazhab yang tak selari dengan sunnah maka sunnah lebih utama dipraktikkan. Wallahu alam.

man said...

Bab Jamak ni saya pernah dengar ceramah dari para ustaz dan alim ulamak selain Dr Asri di mana kaedah Jamak seperti Dr Asri katakan memang dibolehkan tetapi saya tak tahulah mengapa Ustaz kita sorang ni kata tak boleh. Kalau tak silap saya pernah dengar di dalam rancangan Tanyalah Ustaz di TV 9 bab jamak ni di mana jawapan Ustaz tsbt sama seperti Dr Asri. Begitu juga bab berwuduk/tayammum jawapannya sama seperti Dr Asri. Itu la kalau ilmu tu tak seberapa tak usahlah nak tunjuk pandai.

man said...

Untuk wali keramat pula awak ni faham ka apa itu Jamak dan keadaan yang dibolehkan Jamak. Kalau jahil tu janganlah tunjuk sangat kejahilan kita. Saya pernah dengar orang tuax berkata orang jahil ni bila dia bersuara akan terserlah kejahilannya. Kalau awak selalu ke kuliah ilmu awak akan faham bab jamak ni. Ini nampak sangat awak tu tak tahu apa langsung.

fadhlina said...

Salam.
Saya seorang pelajar muslimah yg sedang belajar di salah sebuah universiti di Eropah. Saya pun berharap agar Ustaz tinggal dan alami sendiri kehidupan sebagai seorang muslim di Eropah. Ustaz Asri berkata berdasarkan pemerhatiannya semasa beliau melawat pelajar2 di Eropah. Memang benar di sini anjing banyak berkeliaran tetapi anjing yg bertuan dan memang benar anjing2 ini 'membuang' merata2. Saya sendiri pun pernah nyaris2 terpijak najis anjing. Tu pun sebab nampak. yg tak nampak? wallahualam.

Apa yg saya dpt perhatikan dari penulisan ustaz,penulisan ini ada sifat2 hasad. Saya harap ustaz kaji dulu apa yg orang lain kata sebelum menuduh orang menyebarkan ajaran yg tak betul kerana dibimbangi boleh menjadi fitnah. nauzubillah..

man said...

Kenapa Ustaz ni diam membisu tiada apax respon terhadap post pengunjung blog.

aizat nasri said...

saya setuju dgn Dr. Asri. come on la. kalolah dia ni dikatakan bawa ajaran mengarut, masakan dia adalah pemegang ijazah dan PhD. dalil diberi cukup sahih dan bernas.

Tentang tayamum or wudhuk, ustaz UIAM ckp kalo ada anggota wudhuk tak boleh kena air, tayamum sahaja dan solat itu SAH.

Janganlah memayahkan Islam yang MUDAH ini