Ustaz Hj. Mahfuz Bin Muhammad @Hj. Khalil dilahirkan di Kampung Batu 6, Bukit Naga,Kelang,Selangor Darul Ehsan.Mendapat pendidikan awal dari pondok ayahandanya "Ribat al-Fuad" yang mana ayahandanya juga merupakan mudir Maahad Hisyamuddin Sg. Bertih,Kelang,Selangor.
Ustaz Mahfuz juga merupakan anak didik dari pondok Madrasah Manabi'ul Ulum,Kubang Ulu,Penanti Seberang Prai pada tahun 80an.Beliau melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Pertama Di Universiti Al-Azhar,Kaherah dalam bahasa Arab dari tahun 1990-1997.
Pada tahun 2000 beliau berhijrah ke Sudan dan kembali semula ke Mesir dengan mengikuti kursus Diploma Fatwa Di Dar al-Ifta',Mesir sehingga memperolehi Diploma Fatwa pada tahun 2001.Kini beliau bergiat dengan kerja dakwah dalam menegakkan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah yang sebenar.
Nazam Ubat Hati
-
Untaian nazam yang dikenali sebagai *Nazam Silsilah *atau *Nazam Munajah /
Munajat *atau *Ubat Hati*, gubahan asal berbahasa Arab dalam 33 bait
karangan ...
Ceramah Di Masjid Daerah Manjung Perak.
-
Pada 14 April 2012, Sabtu telah berlangsungnya siri ceramah Al-Fadhil Ustaz
Hj Zamihan al-Ghari di Masjid Daerah Manjung yang dihadiri oleh ribuan
jemaah....
*Memelihara Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah Al-Asya'irah daripada dicemari oleh aqidah-aqidah yg. bercanggah.
*Memelihara umat Islam dengan bermazhab di atas jalan mazhab Imam Syafie r.a.di samping mengguna pakai mazhab tiga yang lain ketika dharurat.
*Mempertahankan tasawuf di atas jalan Imam Ghazali dan Imam-Imam tasawuf yang lain dari ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah.
No comments:
Post a Comment