Wednesday, March 18, 2009

Dari Blog Ahli Sunnah Wal Jamaah

Diari - Mesyuarat Anti Wahabi


Salam semua,

Semalam, saya dijemput untuk hadir bersama di dalam satu mesyuarat yang dibuat bertujuan untuk membincangkan mengenai strategi-strategi mengekang fahaman Wahabi yang semakin berleluasa di kalangan masyarakat kita melalui penubuhan satu NGO menentang gerakan ini. Tentunya sahabat-sahabat tertanya-tanya, apa sebenarnya Wahabi itu dan mengapa perlu dikekang. Sedikit sebanyak bolehlah saya kongsikan di sini, fahaman ini dipelopori oleh golongan yang selalu menganggap orang lain yang bermazhab ahli sunnah wal jamaah sebagai ahli bida'ah, kerana melakukan perkara yang tidak dilakukan oleh Rasulullah saw semasa hayat baginda, berdasarkan hadis-hadis yang dirujuk oleh mereka. Golongan ini juga sering membidas dan mencela ulamak-ulamak Ahli Sunnah Wal Jamaah dan membida'ahkan orang lain. Golongan ektrimis Wahabi ini juga menghalalkan darah saudara seislam mereka untuk dibunuh disebabkan perselisihan pendapat mengenai perkara-perkara cabangan di dalam Al-Quran. Untuk penjelasan lanjut, boleh layari laman blog sahabat saya al-subki.blogspot.com. yang membicarakan dengan lebih terperinci lagi mengenai fahaman ini. Atau sekiranya ada soalan, saya akan cuba memberi jawapan sebaik mungkin.

Kalau sahabat-sahabat ingat, ada beberapa ulamak besar di negara kita ini yang menganggap sambutan Maulidurrasul sebagai bida'ah, tahlil, talkin, bacaan Yasin malam Jumaat, semuanya sebagai bida'ah. Memanglah mungkin sesetengah ulamak berpandangan bahawa ini hanya pertikaian mengenai perkara cabangan, tetapi setelah mendengar pengalaman tokoh-tokoh agama yang lebih berpengalaman dalam isu ini, golongan Wahabi yang ekstrim boleh mengancam keselamatan sesebuah negara kerana fahaman yang dibawanya menghalalkan saudara seislam mereka dibunuh, kerana mengamalkan bida'ah, sedangkan kalau mengikut ajaran ulamak ahli sunnah wal jamaah, selama mana seseorang itu mengakui bahawa tiada Tuhan selain Allah, dan Muhamad itu pesuruh Allah, bukan sewenang-wenangnya dia boleh dibunuh. Golongan ini juga menentukan Hukum untuk sesuatu perkara secara liberal, sehingga boleh menghalalkan enzim babi, dan nikah tanpa wali!!

Mengikut pengalaman saya sendiri, terdapat beberapa masjid yang mempunyai masalah pengurusan disebabkan AJKnya berfahaman Wahabi. Sebagai contoh, Imam yang dilantik diminta untuk tidak membaca Qunut semasa solat Subuh, sedangkan telah menjadi amalan seluruh umat Islam di Malaysia untuk membaca Qunut semasa rakaat kedua solat Subuh. Di beberapa masjid lain, terdapat juga arahan supaya tidak membuat tahlil, talkin, wirid selepas solat, dengan alasan tiada sunnah atau hadis yang menyokong perbuatan-perbuatan tersebut. Ini tentunya akan menimbulkan pertikaian dan kekeliruan di kalangan jemaah, yang mengakibatkan masjid tidak dapat diimarahkan. Semasa bulan Ramadhan pula, timbul isu mengenai jumlah rakaat tarawih, 20 atau 8 rakaat sahaja.

Apapun, saya 100% bersetuju dengan penubuhan NGO untuk mengekang fahaman Wahabi ini, sebagai salah satu cara untuk menyekat pergerakan fahaman ini, di samping 1001 cara-cara lain. Untuk penyokong-penyokong Wahabi, bersedialah untuk diperangi dari segenap penjuru. Untuk rakan-rakan, demi menjaga agama masing-masing, saya menyeru kepada diri saya dan sahabat-sahabat semua, supaya bersama-sama mencegah fahaman ini daripada terus berkembang. Sebagai langkah permulaan, pencegahan ini hendaklah dibuat dengan bermula di rumah, iaitu keluarga masing-masing. Pastikan tidak berlaku unsur-unsur konflik yang saya nyatakan tadi. Sekiranya di kawasan anda ada berlaku pertikaian atau isu seperti yang saya nyatakan tadi, bolehlah membuat aduan lisan/bertulis kepada Bahagian Pengurusan Masjid JAIS atau Bahagian Penguatkuasaan JAIS untuk diambil tindakan lanjut. Mudah-mudahan usaha yang sedikit ini dapat membantu menjaga agama Islam yang merupakan tujuan utama Syariah.

Tokoh-tokoh ulamak besar Ahli Sunnah Wal Jamaah yang turut menyertai mesyuarat ini, antaranya Dr Othman El-Muhammady (Pengarah ISTAC, UIAM) Dato' Salleh Ahmad (AJK Fatwa Selangor), Mufti Wilayah Persekutuan, Dato Abu Bakar Abdul Hamid, OBD Daerah Petaling Selangor, Yusri Mohamed, (Presiden ABIM), wakil JAKIM, wakil masjid-masjid dll.

Ahli-ahli mesyuarat sedang tekun mendengar maklum balas yang disampaikan oleh salah seorang ahli yang hadir.

Saya dan beberapa muslimat yang hadir walaupun duduk di belakang, tetapi masih diberi peluang untuk menyuarakan pandangan dan mendengar penjelasan mengenai kebahayaan fahaman Wahabi ini.

Mudah-mudahan segala keputusan yang diperolehi di dalam Mesyuarat ini berjaya dilaksanakan. Amin..


31 comments:

mamah said...

kah kah kah apalah lu orang, WAHABI sudah berada dimana-mana sekarang, tak upaya nak disekat2 lagi

mamah said...

CABARAN GOLONGAN YANG DIKATAKAN WAHABI ITU tahun 1956 sehingga kini tidsk dijawab oleh Jabatan Agama Islam NS, perdebatan dengan golongan itu tidak berjawab oleh Jabtan Agama NS?? Pendekatan paling mudah ialah HARAMKANNNN

Al-Ajurriy said...

1. Betul ke wahabi sesat? kalau betul kenapa JAKIM tak wartakan sesat?

2. Saya nampak geng2 wahabi Malaysia ni semuanya hebat2 kelulusan dan ilmunya...tak setanding dengan kita al-Asya'irah..kita lemah dari segi ilmu...metod kita juga lemah..sebb asyik kata orang tu ni sesat...tapi bukti ilmiah kita lemah...

3. Masalah kita satu lagi...ustaz2 kita tak daqiq dalam ilmu..contoh..dulu al-Fadhil ust zamihan tulis pasal ibn taymiyah...tapi seorang pilot je mampu jawab semua hujah ust zamihan...konkrit pulak tu hujah pilot tu...malu kita....kedua: ust zamhihan kata asri sijil palsu..bukan lulusan syariah...tapi asri bagi bukti di lulusan syariah...malu kita kalau macam ni...

Jadi macam mana kita nak atasi masalah ni....saya rasa kita perlu belajar kitab2 turath...dan kita perlu bincang metod dakwah kita dgn lebih berkesan...

Saya pun hairan...ramai pihak atasan sokong kuat geng2 wahabi...macam mana ni...saya rasa kita ni terlalu lemah nak hadapi gololngan ni..,kita perlu fikirkan sama2 jalan yang terbaik nak atasi..

Zainal bin Ariffin said...

Merujuk kepada kenyataan Dr Mashitah dalam parlimen Majlis Fatwa Kebangsaan kata wahabi tak terkeluar daripada ahli sunnah wal jamaah. Kenapa nampak gawat sangat ni.

Unknown said...

Salam...ape lah nk kecoh2 sedangkan banyak lagi keje JAIS ngn keje ustaz xselesai lg.diharap dapat selesaikan keje yang utama baru buat yang laen. kite nak perangi pengikut wahabi nih bukan cara dakwa tp dengan cara Rasulullah wat iaitu dgn dakwah pada mereka.setakat pertikaian cabang dalam hukum bkn menjadi masalah kerana ISLAM itu mengamalkan sistem demokrasi.yang penting dakwah pengikut2 wahabi nie ke jalan yg lurus.kalo nak menjatuhkan hukuman keatas diorg sampai kiamat pown belum tentu boleh selesai masalah nie.saya xnampak ustaz mendakwah melainkan suke munjatuhkan hukuman kepada org2 yg berkenaan.ibarat menarik rambut dr tepung...jgn smpai tepung terkeluar bersepah2.saya rase ustaz kene blajar lagi kerana banyak lagi kelemahan dr segi tindakan dan menyatakan hukuman.boleh membuatkan org islam yg punye ilmu cetek terkeliru. seharusnhyer nk bertindak harus mengikut cara rasulullah bknnyer bertindak macam org yahudi.mengaji banyak2 kt jordan ke,madinah ke pas tu ru leh bertindak.setakat blaja fatwa tp x paham mcmner nk bertindak serupe la ulama'2 yg bisu di dlm malaysia nih.gejala sosial semakin menjadi2 tp xseorg ulama' pown tampil dlm media mangatakan apa yg dilakukan oleh masyarakat tu adalah salah.yg ader hanyalah menghukum org2 yang nk berdakwah+mengembangkan syiar islam.ape nk jadi ngn dunia sekarang nih.....betul kate nabi akn tibe diakhir zaman ulama' akn jd 'BISU' dan pemerintah lak akan berkuasa mengikut hawa nafsu bukan merujuk pada Al-Quran dan As-Sunnah Rasulullah S.A.W.semuga ape yg saya bgtau nih menjadi pedoman utk ustaz dan para ulama' supaya bangun dr mimpi disiang hari bg memelihara syiar Islam di selangor khususnyer dan malaysia amnyer....Amin....

mulut_manis said...

tak perlu risau pasal wahabi ni, bukan sesat pun malah klu kita halusi kebanyakkan amalan mereka berlandaskan hadis2 sahih cth paling mudah..bacaan usahalli bukan wahabi tak nak buat tp sehingga kini saya sendiri belum berjumpa hadis sahih dlm Sahih Muslim dan Sahih bukhari berkenaan usahalli..yg patut kita risaukan skrg ni, anak2 kita yg jahil dan sudah hampir2 dgn jahiliyah..itu tugas2 kita semua..

Zainal bin Ariffin said...

Setelah terbaca apa yang dilontarkan oleh natasya ainaa dan mulut manis maka terserlahlah kematangan dalam memahami isu sebenar sekarang ini. Isunya bukanlah wahabi. Tetapi cara penyelesaiannya. Mereka menyeru supaya kembali kepada sunnah Nabi S.A.W. sebagai penyelesaian terbaik. Ya Allah tunjukkanlah jalan yang lurus, Rapatkanlah kami dengan sunnah Rasul Mu. Alangkah bahagianya jika segala amal ibadat kita sama dengan ibadat Nabi S.A.W. ketika dihisab pada hari pembalasan. Amin

Unknown said...

Saya setuju dengan mulut manis.
Majlis fatwa kebangsaan tidak pernah menyatakan fahaman wahabi sesat cuma cara sesetengah pendakwah mereka yang agak ektream.

Kalau kita kata sesat, maknanya kalau kita pergi Mekah, kita tak bolehlah sembahyang dengan tok imam di Mekah...tak sah, habislah jemaah haji kita.
Saya dah bertanya pada satu tuan blog yang mmg anti wahabi ,dia kata mmg sembahyang dengan imam wahabi kat mekah tak sah.
siapa yang ekstream sebenarnya

man said...

Saya rasa lebih baik JAIS selesai masalah dalam di dalam JAIS terlebih dahulu. Saya dapat tahu banyak berlaku korupsi dan salahguna kuasa oleh kakitangan JAIS seperti menyalahguna kedudukan iaitu menjalankan perniagaan peribadi dengan membuka KAFA. Terdapat kakitangan JAIS yang mempunyai beberapa buah KAFA di Selangor. Sekolahx KAFA yang dikendalikan oleh kakitangan JAIS tersebut pula menyalahguna bantuan PERKAPITA di mana sepatutnya diagihkan kepada Gurux KAFA tetapi tidak berbuat demikian. Ada kakitangan JAIS mengambil kesempatan terhadap gurux KAFA yang memerlukan wang dengan menawarkan pinjaman kepada Gurux KAFA dengan jaminan mudah mendapat kelulusan dengan syarat Gurux yang membuat pinjaman tersebut mestilah join MLM belia.

Unknown said...

Salam org JAIS... kalau nak ajar anak-anak baca doa makan kena pakai tauliah tak?? aritu baca paper ada pegawai JAIS kata kena ada tauliah kalau nak ajar mengaji...

akhir zaman dah.. "bila mana agama islam dipersusahkan dan maksiat dipermudahkan.." JAIS OH JAIS!

Abu Zahra said...

Salam sahabat,
Mohon antum untuk tidak memanjangkan perbezaan yang cabang ini. Renung sejarah, kejatuhan khalifah islam turki uthamniah sebab perpecahan umat dari sebab perkara cabang. sedangkan ada perkara besar yang dasar dalam ISLAM yang sedang di cabar dan dirogol. Al-Quran lengkap manual utk hidup di dunia, namun di pilih-pilih oleh ulama' dan umarak tk di pakai bukan dijadikan kepatuhan dan ibadah...

Kalau org kata wahabi sesat, yg nampak tak becanggah pun dgn aqidah islam, kerajaan sekular lagi sesat yang teramat sebab mengasingkan dunia dgn agama..langsung tak pernah dibuat oleh Rasul...

Ahmad Nahwan Nuur Hanizi said...

salam......

Ahmad Nahwan Nuur Hanizi said...

Dr Asri persoal pegawai jais 'kutuk' Hadi,nik aziz

KUALA LUMPUR, 24 Nov: Bekas Mufti Perlis Dr Asri Zainul Abidin mempersoalkan tindakan seorang pegawai JAIS yang terlibat dalam kes beliau, yang turut mengutuk Mursyidul Am PAS Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat dan Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Pegawai terbabit yang juga AJK Pegawalan Aqidah Majlis Agama Islam Selangor dikatakan turut menyesatkan kedua-dua tok guru itu dengan tuduhan wahabi.

"Dii sini disertakan tulisan-tulisan pegawai JAIS yang terlibat dalam kes saya. Tulisan-tulisan ini dipetik dari blognya. al-Subki adalah nama penanya.

"Tulisan-tulisan menunjukkan beliau juga turut menyesatkan YAB Nik Aziz dan YB Hj Abd Hadi dengan tuduhan wahabi. 'Anak Pak Wahab' itu merujuk ke pengikut wahabi." kata Dr Asri kepada Harakahdaily.

Tinjauan Harakahdaily mendapati terdapat satu carian alsubki2.blogspot.com di bawah nama Ustaz Mahfuz Muhammad @Hj. Khalil, dipercayai AJK Pegawalan Aqidah Majlis Agama Islam Selangor terbabit.

Terdapat satu tulisan Mahfuz bertarikh 18 March 2009 dibawah tajuk "Dari blog Ahli Sunnah Wal Jamaah Diari - Mesyuarat Anti Wahabi" berhubung penentangan untuk mengekang gerakan fahaman Wahabi di negara ini.

"Untuk penjelasan lanjut, boleh layari laman blog sahabat saya al-subki.blogspot.com. yang membicarakan dengan lebih terperinci lagi mengenai fahaman ini. Atau sekiranya ada soalan, saya akan cuba memberi jawapan sebaik mungkin," tulis Mahfuz dalam blognya.

Harakahdaily bertanya kenapa blog asal al-subki ini telah bertukar, Dr Asri menjawab ianya disebabkan oleh satu kes yang berlaku, yang tidak mahu didedahkan beliau.

"Dia ini telah mengutuk dan menghina Ustaz Nik Aziz dan Ustaz Hadi lebih dulu daripada saya.

"Orang seperti ini tidak boleh dibiarkan, sehingga ramai marah dan jika dibiarkan akan semakin melampau," katanya yang merujuk keratan yang diemaikan kepada Harakahdaily.

Tiga keratan antaranya bertarikh 26 Jun 2008, membabitkan kutukan beliau terhadap Nik Aziz dan Abdul Hadi.

Salah satu keratan di bawah tajuk "Nik Aziz dan Allah duduk lendik atas arash" memuatkan petikan dipercayai daripada tulisan pegawai terbabit yang antaranya berbunyi :"Kalau di lihat sejarah beliau di Kelantan sejak pulang dari luar negeri telah dilihat membawa fahaman songsang..."

Dr Asri membangkitkan apakah pegawai JAIS 'dibiarkan' oleh Kerajaan Selangor dengan tujuan tertentu dan sewajarnya satu tindakan perlu diambil berhubung isu ini.

"Apakah ini pendirian Kerajaan Selangor, atau hanya JAIS?" katanya yang mahu perkara ini didedahkan untuk pengetahuan umum.

Ahmad Nahwan Nuur Hanizi said...

ini lah dia ustaz mahfuz baru ada ilmu sikit dah nak bantai org yang ada ilmu tinggi pada dia..tuduh tok guru nik aziz dan tuan guru haji hadi wahabi,sesat dsb,tanpa bukti dan fakta..ape semua ni..cuba selidik dulu jangan main hentam je sesuka hati.,ikut kan perasaan nafsu serta pangkat sebagai usatz yang tak seberapa bebanding dengan tok2 guru yang ada kat malaysia pada hari ni tak payah lah insaflah!!!.

Unknown said...

Assalamu'alaikum

Saya berkelulusan dalam bidang kejuruteraan Komputer. Namun Allah s.w.t memberi kelebihan kepada saya untuk sentiasa membaca, memahami apa jua ilmu tak kira agama atau sekular.

Saya banyak membaca buku - buku agama yang telah di terjemah samada dalam Bahasa Melayu Malaysia/Indonesia dan BI.

Berkenaa dengan isu wahabi ni, dari buku buku yang saya baca, ianya tidaklah seteruk apa yang dikatakan oleh orang - orang JAKIM, JAIS atau Dr Uthman Muhammadi.

Jika kita jujur dengan ilmu, InsyAllah, kebenaran akan terserlah jua. Melainkan seandainya telah terpahat kebencian didalam hati Ustaz JAKIM, JAIS dan Dr Uthman Muhammadi. Kebencian dan ketakutan yang tidak boleh di ubah apabila mendengar nama Muhammad Ibn Abdul Wahaab.

JAKIM,JAIS,Dr Uthman Muhammady harus sedar, serangan Agama Syi'ah lebih lebih bahaya dari Wahaabi. Ini kerana Syi'ah merupakan musuh ummat Islam dan Ahlu Sunnah Wal Jamaah dari dalam.

Sudahkah JAKIM, JAIS dan Dr Uthman Muhammady menyedarkan masyarakat Islam di negara ini dengan bahaya Syi'ah yang sedang menular di negara ini. Tahukah mereka bahawa UPM, MMU dan kolej swasta lain dengan mudah menerima mereka belajar di negara ini dan dalam masa yang sama menyebarkan fahaman syi'ah kepada pelajar - pelajar malaysia.

Mengapa JAKIM,JAIS dan sekutu - sekutu mereka sibuk sangat dengan Wahaabi.? Bagaiman pula dengan agama Syi'ah yang kini sedang berlindung di dalam sebuah parti politik yang memperjuangkan Islam.

Mengapa tidak di bongkarkan kesesetan agama syi'ah dimimbar masjid, surau, forum dan sebagainya?

Harapan saya agara JAKIM,JAIS dan sekutu mereka agar jangan sibuk dengan Wahaabi. Yang penting dan besar sekali hapuskan fahaman agama syi'ah yang sedang berkembang di negara ini.

Wassalam

Ahlu Sunnah akan menang hingga ke hari kiamat.

shohabat said...

salam

"Apapun, saya 100% bersetuju dengan penubuhan NGO untuk mengekang fahaman Wahabi ini, sebagai salah satu cara untuk menyekat pergerakan fahaman ini, di samping 1001 cara-cara lain. Untuk penyokong-penyokong Wahabi, bersedialah untuk diperangi dari segenap penjuru. "

saya kurang faham, kenapa perlu mengisytihar perang..apakah ini amalan islam?..islam menggalakkan kita semua berdamai dan bermesyuarah jika terdapat salah faham..fikirlah dengan lebih matang dan terbuka dan meluas..jgnlah membuat kputusan terburu2 dengan mengambil pandangan sebelah pihak sahaja..dunia perlukan islam yang bersatu..kembalilah kepada Quran dan sunnah yg sebenar..
sekian
wsalam

Ahmad Nahwan Nuur Hanizi said...

wahabi,ahli sunnah wal jamaah dan syi'ah semua org islam,yg sesat tu memang ada tapi tak semua segelintir sahaja yang menyonsang.,jangan pandai-pandai pulak kita membeiri pendapat,pandangan bahawa wahabi dan syi'ah itu sesat selagi mazhab itu menyembah ALLAH yang satu.benda yang kecil jangan lah di perbesar-besarkan inilah menyababkan ummat islam pepecah sepatutnya kita semua kena lah bersatu asyik suka mencari kelamahan keburakan mazhab lain yang tak pasti mazhab itu sesat atau pon tidak...

Zainal bin Ariffin said...

Berhubung dengan berimamkan orang Mekah yang disebut oleh ijok2009. Adalah diharapkan pegawai-pegawai Jais dapat berterus terang kepada masyarakat. Arab saudi bermazhab Hambali bukannya bermazhab Wahabi. Tetapi oleh kerana Muhammad Abdul Wahab ulama mazhab Hambali maka ada beberapa pendapat beliau yang diterima pakai di sana. Semoga kita dapat bersama-sama hentikan fitnah yang disebarkan selama ini.

Ahmad Nahwan Nuur Hanizi said...

hentikan lah jangan lah duk menuduh wahabi itu sesat,dan jangan menuduh/mefitnah dua tokoh ulamak itu sesesat,"fitnah itu lebih besar dari dosa org yang membunuh" bila kita selalu mencari salah org salah kita sendiri kita tak nampak..hentikanlah tutup laman web/blog ini

Unknown said...

kenapa semakin lama semakin keliru saya ni?

macam kita pulak yang tak betul ni?

kenapa mereka laksanakan sesuatu ada dalil dari quran dan hadis? kenapa kita jarang ada dalil?

entah2 kita yang lebih lemah dan ada silap kot.

ojo jar key waey... nek kito seng salah,omongi lo..sopo seng gelem sesat?

kalau kita yang tak betul, bgitau yer.sy tak mahu berfahaman salah. rugi nanti...

binamanhaj said...

Salam...
mana boleh kata syiah lebih bahaya dan sesat dari wahabi...syiah memang dah sesat tetapi wahabi sebenarnya adalah benar dan betul...jakim pun kata wahabi tak sesat...harap jgn keliru

man said...

Saya hairan dengan JAIS sibuk katakan orang tu sesat, orang ni sesat tetapi dekat JAIS sendiri banyak kakitangannya yang salah guna kuasa kenapa tidak diperbetulkan. Ada Ustaz JAIS (Ustaz Anuar kalau tak salah saya)menggunakan kedudukan beliau sehingga mempunyai beberap buah sekolah KAFA. Sudahlah bantuan perkapita diseleweng sepatutnya gurux berhak menerima perkapita tetapi tidak mendapat yang sepatutnya. Ada lagi seorang Ustaz Jais (Ustaz Masko jika tidak silap saya) mengambil kesempatan terhadap gurux KAFA yang memerlukan wang dengan menawarkan pinjaman koperasi kepada Gurux KAFA dengan jaminan mudah mendapat kelulusan dengan syarat Gurux yang membuat pinjaman tersebut mestilah join MLM belia.Sebagai jaminan bagi memastikan wang tersebut diperolihi oleh beliau Ustaz tersebut akan memegang Kad ATM peminjam. Bila pinjaman diluluskan beliau akan mengeluarkan sejumlah wang yang telah disyaratkan. Kawan saya sendiri meminjam sebanyak RM25,000.00 tetapi hanya mendapat RM20,000.00 sahaja kerana RM5000.00 tersebut akan diambil oleh Ustaz tersebut. Bayangkahlah seorang Ustaz JAIS yang tidak seberapa gajinya mampu memiliki kereta Toyota Harrier. Persoalannya siapa yang sesat sekarang ni.

man said...

Hello tak ada orang ke nak tolong jawab. Minta tolong Pengarah JAIS siasat la orangx JAIS yang tak amanah jangan sampai SPRM pula yang siasat.

Unknown said...

Bismillah assalamu alaykum
Tuan2 dan adik2 yang terhormat... jangan naik darah dulu
Cuba fikir ye
Ok kalau sakit jantung... kita pergi jumpa Pakar Jantung... belajar bertahun2 nak jadi pakar... naik kapalterbang cari pilot yang dah pass exam... Tapi kenapa bila hal2 akhirat hentam kromo aje... sesiapa pun boleh komen, boleh bagi fatwa.... walhal akhirat itu kekal... lebih baik biar akhirah pada guru2 yang pakar... Tak boleh main ambil buku belajar sendiri.. Sedangkan Allah ajar kita cara berguru, itu adalah cara tuntutan Allah....
jangan marah2 renung dan fikir

kekadang lebih baik mengaku tak tahu dan renung...

anak murid syeikh daud al fattani said...

setahu saya pak mahfuz ni orang ahbash... sebab itu dia pendokong aswaja
http://www.sinarharian.com.my/rehal/ahbash-berselindung-di-sebalik-aswj-1.489849

anak murid syeikh daud al fattani said...

setahu saya pak mahfuz ni orang ahbash... sebab itu dia pendokong aswaja
http://www.sinarharian.com.my/rehal/ahbash-berselindung-di-sebalik-aswj-1.489849

Unknown said...

Sila ninngal lh yg tulis blog ni siapa kata kami nk bunuh saudara sendiri...tiada bidaah hasanah dalam islam

Unknown said...

Yg depa dok kata wahabi tula yg betui belajar sunnah cba dengar ceramah ustaz rozaimi kt youtube pakarhadith

Unknown said...

Sila ninngal lh yg tulis blog ni siapa kata kami nk bunuh saudara sendiri...tiada bidaah hasanah dalam islam

Fahim | ใƒ•ใ‚กใƒ’ใƒ  said...

Mahfuz ni tak layak dipanggil ustaz.. dia ni la salah sorang "du'atun ilannar" yang disebutkan dalam hadith nabi yang diriwayatkan huzaifah al-yamani...

Ni la produk pondok, budak2 bebal takde kelayakan akademik, tapi jadi ilmuan hanya sebab pakai kopiah, serban, selempang. Orang2 kampung yang tak tau, dan orang2 pondok yang bebal ni dengan mudahnya percaya hanya dengan appearance, bukan dengan words dan facts yang dibawa.

Dah tua2 pun bodoh, memalukan je. Mohon mati dan letak jawatan. Tuduh orang wahabi, tapi amalan2 tu semua thabit dalam hadith sahih, aka sunnah nabi. Nampak sangat tuduhan tak berasas hasil dari kebodohan mahfuz ni.

Bullshit mahfuz. Bukan semua orang ngaji pondok pengamal bid'ah, tapi semua orang2 yang pengamal dan pembela bid'ah ni orang pondok. Ini la akibat ambik orang spm 10C jadi pegawai agama yang belajar kat pondok2 ntah mana.

Syahid said...

https://drive.google.com/file/d/0B6ut4qmVOTGWMkJvbFpZejBQZWM/view?usp=drivesdk

Web: almawaddah.info

Salam


Kepada:

 

Redaksi, rektor dan para akademik


Per: Beberapa Hadis Sahih Bukhari dan Sahih Muslim mengenai sahabat yang disembunyikan daripada pengetahuan umum di Nusantara.


Bagi tujuan kajian dan renungan. Diambil dari web: almawaddah. info

Selamat hari raya, maaf zahir dan batin. 


Daripada Pencinta Islam rahmatan lil Alamin wa afwan