Saturday, March 28, 2009

Seminar Simposium Ilmiah Perdana Universiti Sains Islam Malaysia.

Wahabi: Antara Sedar Atau Tidak.
Al-Fadhil Dr. Uthman El-Muhammadiy.
Ceramah 1: Fahaman Muhammad Ibn Wahab (Pengasas Wahabi)
Ceramah 2: Penjelasan Tentang Bida'ah. ( Ust. Mahfuz Muhammad al-Khalil)
Dari Kiri: Ust Abdullah Jalil, Dr. Uthman El-Muhammadiy, Ust. Mahfuz Muhammad.

Wednesday, March 25, 2009

Sekitar Seminar Pemantapan Aqidah Peringkat Daerah Jempol.

Back Drop Seminar Pemantapan Aqidah-Peringkat Daerah Jempol.
Ceramah 1: Bida'ah Satu Penjelasan Mengikut Ahli Sunnah Wal Jamaah.( Ust. Mahfuz)
Sesi Soal Jawab Bersama Ustaz Mahfuz Muhammad.
Ceramah 2: Persediaan Untuk Menangani Ajaran Menyeleweng (Ust. Zaidi Ramli)
Sesi Soal Jawab: Ust. Mahfuz Muhammad, Ust. Zaidi Ramli Dan Ust. Ibrahim Kasim.
Pengurus Besar Felda Dan Ust. Zakaria (JAINS)

Peserta Seminar Tekun Mendengar Penjelasan.

Sunday, March 22, 2009

Kecelaruan Pengajian Dr Asri Kepada Pelajar.


Umpamanya, di sebelah Eropah ini, pada musim sejuk seperti sekarang, waktu siang agak singkat. Waktu solat mereka berkejaran dengan waktu kelas atau peperiksaan. Sebenarnya, dalam hal yang seperti ini, mereka boleh mengamalkan solat jamak, tanpa qasar. Sekalipun jika mereka menganggap diri mereka sudah tidak bermusafir, mereka tetap mempunyai peruntukan untuk menjamakkan solat tanpa qasar.

Jamak bermaksud menghimpun dua solat dalam satu waktu, samada pada waktu pertama, atau kedua. Ini bagi solat zohor dan asar, atau maghrib dan isyak. Maka boleh dihimpunkan solat zohor dalam waktu asar, atau sebaliknya. Demikian maghrib dan isyak. Adapun qasar, iaitu memendekkan solat empat kepada dua rakaat, maka ia dikhususkan untuk mereka yang bermusafir. Sementara jamak, boleh untuk dilakukan oleh mereka yang sakit, ketakutan, terlalu sibuk, hujan, terlalu sejuk, musafir dan segala kesusahan yang lain.

Maka bagi yang kesuntukan masa, seperti pelajar, atau doktor bedah, atau ahli parlimen, atau polis yang bertugas menjaga lalu lintas, atau mereka menjaga jentera yang sukar untuk ditinggalkan, maka peruntukan jamak ada dalam hadis ini untuk mereka. Namun malangnya di Malaysia, ada yang sanggup meninggalkan solat apabila masuk hospital atas alasan sukar untuk solat.

Apa tidaknya, fekah yang diajar diajar begitu sukar kerana ditokok tambah berbagai hukum lain yang memayahkan. sehingga disuruh sesiapa yang sakit tidak mampu berwuduk sepenuhnya untuk wuduk separuh dan bertayamum sebakinya. Orang sihat pun hanya berwuduk, tiba-tiba yang sakit disuruh wuduk dan tayamum.

Para pelajar di sini mempunyai masalah kerana anjing begitu banyak. Ramai yang membawa anjingnya ke sana sini. Jalan menjadi kotor dengan najis anjing yang berselerakan. Berselisih dan bersentuh dengan anjing bukan perkara luar biasa. Demikian juga dengan daging babi yang amat digemari oleh ‘orang puteh’. Kefahaman fekah tempatan kita menjadikan sesetengah pelajar kita begitu gusar dalam masalah ini.

ualasan: Tok Peti yang dah ditamatkan perkhidmatannya kini tawaf di seluruh Eropah untuk mengajar fahaman-fahaman yang bertentangan kepada pelajar-pelajar luar negara.Maka dengan itu kita lihat ramainya penuntut IPTA di negara ini melakukan solat jamak tanpa bermusafir kerana nak duduk dalam kelas.Begitu juga dengan golongan elit yang sibuk mengejar harta dunia hingga tak boleh luangkan masa nak solat yang tak sampai 5-10 minit.Kalau berhenti tea-break atau keluar dari mesyuarat nak hisap rokok boleh pulak!!!!!

Dalam soal berwuduk atau bertayamum nampaknya cara Asri ni dah jauh menyimpang.Ini kerana beliau menganggap bertayamum itu satu kepayahan bagi orang sakit.Saya pernah masuk hospital juga tak boleh bangun maka anak saya wudukkan atau tayamumkan saya.Apa itu payah sangat ke?

Begitu juga soal binatang anjing dan babi yang ditulis oleh bekas Tok Peti ini.Nampaknya beliau cuba nak bagitahu bahawa kedua-dua binatang ini boleh disentuh.Beliau juga menuduh di Eropah najis anjing berselerakan di sana sini.Kita sedia maklum kalau di Eropah soal kebersihan amatlah dijaga, mana mungkin najis anjing tu bersepah-sepah.Akibatnya ramailah pemilik anjing tu disaman oleh pihak penguasa kerana di Eropah penguatkuasaannya amat tegas.

Hukum fiqah yang diajar bukanlah untuk memayahkan tapi bekas Tok Peti ni ambil mudah perkara ini.Kalau wuduk tak sempurna apakah solat kita akan diterima?Inilah akibatnya kerana cuba memandai sendiri kerana tak nak ikut mazhab maka akan ramailah umat Islam akan bermazhab Tok Peti.



Wednesday, March 18, 2009

Dari Blog Ahli Sunnah Wal Jamaah

Diari - Mesyuarat Anti Wahabi


Salam semua,

Semalam, saya dijemput untuk hadir bersama di dalam satu mesyuarat yang dibuat bertujuan untuk membincangkan mengenai strategi-strategi mengekang fahaman Wahabi yang semakin berleluasa di kalangan masyarakat kita melalui penubuhan satu NGO menentang gerakan ini. Tentunya sahabat-sahabat tertanya-tanya, apa sebenarnya Wahabi itu dan mengapa perlu dikekang. Sedikit sebanyak bolehlah saya kongsikan di sini, fahaman ini dipelopori oleh golongan yang selalu menganggap orang lain yang bermazhab ahli sunnah wal jamaah sebagai ahli bida'ah, kerana melakukan perkara yang tidak dilakukan oleh Rasulullah saw semasa hayat baginda, berdasarkan hadis-hadis yang dirujuk oleh mereka. Golongan ini juga sering membidas dan mencela ulamak-ulamak Ahli Sunnah Wal Jamaah dan membida'ahkan orang lain. Golongan ektrimis Wahabi ini juga menghalalkan darah saudara seislam mereka untuk dibunuh disebabkan perselisihan pendapat mengenai perkara-perkara cabangan di dalam Al-Quran. Untuk penjelasan lanjut, boleh layari laman blog sahabat saya al-subki.blogspot.com. yang membicarakan dengan lebih terperinci lagi mengenai fahaman ini. Atau sekiranya ada soalan, saya akan cuba memberi jawapan sebaik mungkin.

Kalau sahabat-sahabat ingat, ada beberapa ulamak besar di negara kita ini yang menganggap sambutan Maulidurrasul sebagai bida'ah, tahlil, talkin, bacaan Yasin malam Jumaat, semuanya sebagai bida'ah. Memanglah mungkin sesetengah ulamak berpandangan bahawa ini hanya pertikaian mengenai perkara cabangan, tetapi setelah mendengar pengalaman tokoh-tokoh agama yang lebih berpengalaman dalam isu ini, golongan Wahabi yang ekstrim boleh mengancam keselamatan sesebuah negara kerana fahaman yang dibawanya menghalalkan saudara seislam mereka dibunuh, kerana mengamalkan bida'ah, sedangkan kalau mengikut ajaran ulamak ahli sunnah wal jamaah, selama mana seseorang itu mengakui bahawa tiada Tuhan selain Allah, dan Muhamad itu pesuruh Allah, bukan sewenang-wenangnya dia boleh dibunuh. Golongan ini juga menentukan Hukum untuk sesuatu perkara secara liberal, sehingga boleh menghalalkan enzim babi, dan nikah tanpa wali!!

Mengikut pengalaman saya sendiri, terdapat beberapa masjid yang mempunyai masalah pengurusan disebabkan AJKnya berfahaman Wahabi. Sebagai contoh, Imam yang dilantik diminta untuk tidak membaca Qunut semasa solat Subuh, sedangkan telah menjadi amalan seluruh umat Islam di Malaysia untuk membaca Qunut semasa rakaat kedua solat Subuh. Di beberapa masjid lain, terdapat juga arahan supaya tidak membuat tahlil, talkin, wirid selepas solat, dengan alasan tiada sunnah atau hadis yang menyokong perbuatan-perbuatan tersebut. Ini tentunya akan menimbulkan pertikaian dan kekeliruan di kalangan jemaah, yang mengakibatkan masjid tidak dapat diimarahkan. Semasa bulan Ramadhan pula, timbul isu mengenai jumlah rakaat tarawih, 20 atau 8 rakaat sahaja.

Apapun, saya 100% bersetuju dengan penubuhan NGO untuk mengekang fahaman Wahabi ini, sebagai salah satu cara untuk menyekat pergerakan fahaman ini, di samping 1001 cara-cara lain. Untuk penyokong-penyokong Wahabi, bersedialah untuk diperangi dari segenap penjuru. Untuk rakan-rakan, demi menjaga agama masing-masing, saya menyeru kepada diri saya dan sahabat-sahabat semua, supaya bersama-sama mencegah fahaman ini daripada terus berkembang. Sebagai langkah permulaan, pencegahan ini hendaklah dibuat dengan bermula di rumah, iaitu keluarga masing-masing. Pastikan tidak berlaku unsur-unsur konflik yang saya nyatakan tadi. Sekiranya di kawasan anda ada berlaku pertikaian atau isu seperti yang saya nyatakan tadi, bolehlah membuat aduan lisan/bertulis kepada Bahagian Pengurusan Masjid JAIS atau Bahagian Penguatkuasaan JAIS untuk diambil tindakan lanjut. Mudah-mudahan usaha yang sedikit ini dapat membantu menjaga agama Islam yang merupakan tujuan utama Syariah.

Tokoh-tokoh ulamak besar Ahli Sunnah Wal Jamaah yang turut menyertai mesyuarat ini, antaranya Dr Othman El-Muhammady (Pengarah ISTAC, UIAM) Dato' Salleh Ahmad (AJK Fatwa Selangor), Mufti Wilayah Persekutuan, Dato Abu Bakar Abdul Hamid, OBD Daerah Petaling Selangor, Yusri Mohamed, (Presiden ABIM), wakil JAKIM, wakil masjid-masjid dll.

Ahli-ahli mesyuarat sedang tekun mendengar maklum balas yang disampaikan oleh salah seorang ahli yang hadir.

Saya dan beberapa muslimat yang hadir walaupun duduk di belakang, tetapi masih diberi peluang untuk menyuarakan pandangan dan mendengar penjelasan mengenai kebahayaan fahaman Wahabi ini.

Mudah-mudahan segala keputusan yang diperolehi di dalam Mesyuarat ini berjaya dilaksanakan. Amin..


Tuesday, March 17, 2009

AQIDAH AHLI SUNNAH DAN PERTENTANGANNYA DENGAN ALIRAN WAHABIYYAH



1-Apakah pengertian golongan Wahabi ?

Golongan Wahabi adalah satu aliran yang diasaskan oleh Muhammad Abd Wahhab pada kurun yang ke-12 hijrah di Najd Jazirah Arabiyyah.
Fahaman ini dikenali juga sebagai Aliran Kaum Muda di Malaya dan Indonesia pada tahun 30an, 40an dan 50an.
Aliran ini dinisbahkan kepada bapa beliau yang merupakan seorang dari Ulama’ mazhab Hambali. Telah menjadi adat Kaum Arab menisbahkan sesuatu itu kepada bapa ,datuk dan keatas.
Seperti Mazhab Syafi’e adalah aliran Mazhab yang dinisbahkan kepada moyangnya ,sedangkan nama pengasas yang sebenar adalah Muhammad bin Idris.Begitulah adat kaum Arab dalam menisbahkan sesuatu.
Walaupun begitu mereka yang berpegang dengan aliran ini tidak selesa dengan gelaran Wahhabi sebaliknya mendakwa mereka dari golongan Kaum Salaf atau kaum Ahli Sunnah .
Kenapakah begitu?Ini kerana istilah Wahhabi pada hari ini mula diketahui ramai akan kesesatannya dalam Aqidah dah cabang yang lain.
Oleh kerana itu harus berhati-hati dengan kaum ini kerana mereka terkadang mempergunakan nama Ahli Sunnah, Salaf dan pelbagai istilah yang baik-baik untuk mengaburi orang awam dari mencium kesesatan pegangan golongan ini.



2-Apakah diantara ajaran Wahhabi yang bertentangan dengan Aqidah Ahli Sunnah wa al-Jama’ah?

Ramai orang merasakan golongan ini hanya pembawa bid’ah dalam masaalah-masaalah Furu’(cabang) semata-mata sedangkan sebenarnya golongan ini membawa sebesar-besar bid’ah dalam masaalah Aqidah !!
Oleh kerana itu ramai dari kalangan mereka yang berwajib, para Ulama’ , para pendakwah merasakan perkara ini tidak ada keutamaan untuk ditangani dengan sungguh-sungguh.
Diantara ajaran golongan ini yang bertentangan dengan aqidah Ahli Sunnah wa al-Jamaah ialah menolak dan merendah-rendahkan pengajian sifat 20 .
Sebaliknya mereka membawa kaedah Tauhid yang baru iaitu pembahagian Tauhid yang tiga .
Defenasi tauhid tiga di sisi aliran Wahhabi:

1-Tauhid Rububiyyah.
Tauhid bagi mereka yang menyembah berhala.Kununnya mereka menyembah berhala untuk mendekatkan diri kepada Allah.Sementara berhala merupakan pengantara antara hamba dan Tuhannya.
2-Tauhid Uluhiyyah.
Tauhid bagi mereka yang beribadah hanya kepada Allah semata-mata dengan tiada sebarang perantara makhluk.
3-Tauhid Asma wa Sifat.
Beriman dengan ayat-ayat mutasybihat secara zahirnya.Seperti dikatakan Allah itu bersemayam di atas Arasy dan lain-lain lagi.
Bagaimana mungkin Tauhid itu terbahagi kepada tiga?
Sedangkan Tauhid itu hanya satu iaitu mengesakan Allah dan tidak sama sekali membeda-bedakan Tauhid seperti Tauhid yang tiga ini.
Dengan menerima konsep tauhid rububiyyah dan uluhiyyah mengikut pentafsiran seperti ini maka banyak amalan-amalan yang diperakui baik menjadi sesat dan membawa syirik kepada pelakunya.Seperti amalan Maulid Nabi,marhaban,berdiri sewaktu salawat,tabarruk(ambil berkat),tawassul(berwasilah) ,ziarah makam Nabi-nabi, Rasul-rasul ,Auliya’ dan salihin.
Sementara tauhid asma wa sifat pula membawa implikasi menjisimkan(visual) dan mentasbihkan(menyamakan) zat Allah s.a.w dengan mahkluk. Seperti menyifatkan Allah dengan tempat dan angguta(jarihah).
Ini adalah aqidah kaum Musyabbihah Mujassimah yang wujud pada kurun yang ke-4 hijrah dan dikembangkan semula oleh Ibnu Taimiyyah pada kurun ke-7 hijrah dan seterusnya dikembangkan pula oleh Muhammad Abd Wahhab pada kurun ke-12 hijrah.


3-Adakah kita boleh mengikut sebahagian daripada ajaran/amalan wahhabi atau kita diminta meninggalkan keseluruhan ajaran tersebut?

Pada saya penjelasan tentang Aqidah dan amalan agama telah jelas dan nyata seperti matahari disiang hari.Para Ulama’ telah meninggalkan penjelasan agama dengan sejelas-jelasnya dalam seluruh bidangnya didalam kitab-kitab yang sampai kepada kita.
Kalau begitu tiada keperluan lagi merujuk kepada saranan dan amalan aliran Wahhabi , kerana telah dibuktikan dalam banyak hal dimana mereka telah menyelewengkan pengertian ayat-ayat al-Quran , Hadith dan pandangan para Alim Ulama’ silam.
Bahkan telah dibuktikan mereka melakukan pemalsuan terhadap kitab-kitab Ulama’ silam dengan tujuan supaya dapat mengelirukan umat islam dan mengikut telunjuk mereka.
Berkemungkinan terdapat juga amalan-amalan mereka yang betul, akan tetapi kalaulah kebenaran sudah bercampur baur dengan kebatilan, akan menjadi kesusahan pada orang awam untuk menentukan yang mana satu betul dan salah!! Mungkin perkara benar dikatakan salah dan yang salah dikatakan benar dan diamalkan sehingga ke akhir hayat. Maka ini akan mengundang kita kepada kemurkaan Allah di dunia sehingga Akhirat.
Oleh itu jauhilah ajaran ini dan berpeganglah dengan amalan-amalan yang disepakati Ulama’, insyaallah selamat dunia akhirat.



4-Apakah akibat yang akan kita dan masyarakat dapat jika mengamalkan ajaran-ajaran Wahhabi dari segi aqidah , ibadah dan sosial?

Akibat dari sudut aqidah pastinya sangat bahaya , kerana bila tergelincir sesaorang Muslim dalam aqidah akan membawa kegelinciran dalam soal-soal yang lain.
Selain itu konsep Tauhid Rububiyyah dan Uluhiyyah disisi Kaum Wahhabi membawa implikasi kepada syiriknya amalan Maulid Nabi,bacaan barzanji,berdiri ketika selawat Nabi,marhaban,memuji-muji Nabi s.a.w, menziarahi kubur Nabi s.a.w, amalan tabarruk(ambil berkat) dan lain-lain lagi.
Dari sudut ibadah pula banyak amalan-amalan baik yang tergolong didalam bid’ah hasanah di anggap sebagai buruk dan seterusnya masyarakat mula meninggalkannya.
Contohnya amalan membaca Yasin dimalam jumaat adalah merupakan amalan yang baik.Sekurang-sekurangnya kita ada membaca al-Quran dalam seminggu.
Ini adalah implikasi dari penta’rifan bid’ah yang telah disalah ertikan oleh golongan Wahhabi ,dimana mereka mengatakan pengertian bid’ah itu segala amalan yang Nabi s.a.w tidak lakukan sewaktu hayatnya.
Sedangkan kita jumhur Ulama menta’rifkan dengan segala amalan yang baru yang hanya bertentangan dengan al-Quran,al-Sunnah,al-Ijma’ dan Qias sahaja dikatakan sebagai bid’ah yang dhalalah(sesat) dan dilarang untuk diamalkan.
Sementara amalan-amalan yang ada sandaran dari dalil-dalil samaada dari nas-nas yang bersifat khusus atau umum adalah dianjurkan untuk diamalkan selama mana tidak terdapat nas-nas yang melarang amalan tersebut.
Dari sudut sosial pula dengan munculnya golongan ini akan menimbulkan perpecahan, perbalahan didalam masyarakat dan perpecahan itu sangat dilarang didalam agama.Yang lebih membimbangkan fahaman golongan sudah menjadi kenyataan telah mendorong para pengikutnya kepada Islam militant.
Jauhilah golongan ini demi keselamatan aqidah ,ibadah dan keharmonian dalam bermasyarakat.


5-Bagaimanakah kedudukan pengikut Wahhabi dari segi pandangan Islam, samada mereka termasuk dalam golongan musyrik atau sebagainya?

Didalam aqidah Ahli Sunnah wa al-Jamaah kita diajarkan supaya bersikap tidak membudayakan sikap kafir menkafir.Walaupun telah jelas para Alim Ulama menggolongkan mereka sebagai golongan yang sesat , namun tidak mengkafir mereka.
Ramai dari kalangan Ulama’ yang menggolongkan mereka sebagai ahli bid’ah.
Namun Rasullullah s.a.w. menegaskan didalam hadithnya betapa golongan sesat itu dijanjikan Neraka dan menjanjikan Syurga kepada golongan Ahli Sunnah wa-al-Jamaah.
Terkadang golongan ini mendabik dada mengaku sebagai Ahli Sunnah sedangkan hakikat yang sebenar adalah pembohongan yang nyata.Telah terbukti aliran ini bertentangan dengan pengajian Ahli Sunnah wa al-Jamaah.
Kita menyarankan kepada para pengikut golongan ini agar bertaubat dan kembali ke pangkal jalan.


6-Bagaimana hubungan kita dari segi perkahwinan dan hubungan-hubungan yang lain termasuk sama ada mereka boleh mejadi Imam , penerima zakat dan sebagainya?
Selama mana kita tidak mengkafirkan golongan ini ,maka mereka maseh dikategorikan sebagai saudara sesama muslim yang lain.
Walaupun begitu adalah tidak wajar mempertemukan perkahwinan dengan golongan ini kerana berkemungkinan akan membawa perbalahan didalam rumah tangga.
Sementara dari sudut menjadi Imamah didalam solat adalah digalakkan kita berimam dengan Imam yang betul aqidah dan amalan.
Walaupun begitu sekiranya kita terpaksa berimamkan imam dari golongan ini , para Ulama’ mengatakan sah walaupun dianggap makruh.
Sementara sebagai penerima zakat ,saya berpandangan hulurkanlah zakat kepada mereka yang bukan tergolong dari kalangan ahli bid’ah.

7-Adakah golongan Wahhabiyyah dari kalangan SALAF ?


Mereka yang mendakwa sebagai golongan salaf masa kini sebenarnya membawa aqidah yang bertentangan dari aqidah Ahli Sunnah Wa al Jama’ah yang tulin.

Ramai para Ulama tidak menyadari hakikat kesalahan aqidah yang sedang dipromosi oleh golongan ini.

Mereka bergerak dengan menimbulkan isu-isu khilafiyyah seperti qunut, tahlil arwah, yasin malam jumaat, sah batal wudhu, dan lain-lain. Setelah para pendengar dirasakan boleh menerima perkara-perkara yang lebih berat barulah mereka mengorak langkah untuk agenda selanjutnya.

Aqidah yang dipromosi oleh golongan ini adalah aqidah “Tashbih dan Tajsim”(menyerupakan / menjisimkan zat Allah).

Ini terbukti bila kita meniliti seluruh penulisan golongan ini dalam pelbagai bahasa. Bagi kita yang berbahasa Melayu dapat membuktikan kesesatan golongan ini melalui penulisan mereka di maqalah-maqalah, laman-laman web, majalah-majalah, diskusi, kertas kerja dan pelbagai sumber.

Adakah begitu rupa pegangan salaf dalam memahami ayat-ayat mutasyabihat? Tidak sama sekali.

Bahkan dua mazhab yang masyhur di sisi Ulama’ dalam memahami mutasyabihat, mereka (salaf dan khalaf) melakukan “tafwidh dan “takwil”.

Dikalangan para sahabat yang secara jelas mengamalkan takwil seperti Saidina ‘Abbas , Ibnu Mas’ud, Saidina Ali r.a., Hassan al-Basri ,Imam Malik ,Imam al-Auza’i , Qatadah, al-Thauri , Mujahid ,Ikrimah dan lain-lain yang tersebut banyak nas-nas mereka di dalam Kitab-Kitab Tafsir.

Mereka adalah dari golongan yang mendominasi Aqidah Ibnu Taimiyyah al-Harrani.
Kalau begitu jelas mereka ini adalah bukan dari golongan yang beraqidah seperti orang Salaf.


8-Apakah dia golongan salafiah moden ?


Golongan ini adalah golongan Wahabiyyah yang diberikan penjenamaan semula selepas istilah Wahhabiyyah memberi respon yang ‘salbi’ negatif.

Dahulunya lebih dikenali dengan faham Kaum Muda di Malaysia atau Muhamadiyyah di Indonesia
Tentang Kaum muda ada terdapat ulasan dari kitab Fatwa Mufti Kerajaan Negeri Johor .
Beliau adalah al-Allamah Dato’ Sayyid Alawi bin Tahir al-Haddad , begini kenyataannya:

Yang dikatakan Kaum Muda pada pertuturan orang-orang zaman ini ialah satu kumpulan orang yang tiada cukup mengerti dan faham tentang agama Islam, mereka bersungguh-sungguh hendak menghampir dan menyatukan agama Islam kepada agama yang lain. Apa jua perkara yang terbit daripada agama Kristian dan Majusi mana yang dipandang molek dan elok pada zahirnya berkehendak mereka memalingkan hukum-hukum Islam kepadanya seperti berkata setenganh mereka itu , babi itu satu binatang yang suci…..

Ada juga yang mengunakan Istilah Faham Sunnah, Manhaj Sunnah, Ittiba’ Sunnah, Ansar Sunnah dan berbagai-bagai lagi.

9- Pandangan Para Ulama’ terhadap Gerakkan Salafiyyah al Wahhabiyyah.


Gerakkan ini diasaskan oleh Muhammad Abd Wahhab pada kurun yg ke 12 hijrah di Najd, Jazirah Arabiyyah.

Disebutkan oleh Ibn Humaid, Mufti Hanabilah di Makkah, bahawa fahaman Muhammad Abd Wahhab menyebarkan kesesatan ke serata alam.

Menjadikan Ibnu Taymiyyah dan Ibnu Qayyim sebagai idola dalam memahami aqidah, syari’ah dan akhlak.

Golongan yang menentang amalan Taqlid dan ijma’ Ulama’.

Faham yang membawa trend ‘Takfir’, Tabdi’, Tafsiq , Syirik, sesat, bid’ah dan lain-lain lagi.

Siapa juga yang bercanggah dengan kaum ini pastinya akan mendapat berbagai gelaran yang begitu mudah terpacul dari mulut mereka.

Selain itu mereka yang bercanggah pendapat dengan mereka, bukan sekadar mereka ini dianggap sesat dan syirik bahkan mereka mengharuskan untuk ditumpahkan darahnya.

Bahkan Ibnu ‘Abidin menggolongkan mereka sebagai Khawarij zaman ini.

Dr Saed Ramadhan al Buthy menyatakan dalam satu ruangan bahawa fahaman Wahhabiyyah adalah fahaman yang di rencana oleh Yahudi British untuk memporak perandakan kesatuan Umat Islam.

Sheikh Zaki Ibrahim [dalam kitabnya al Salafiah Mu’asarah ila aina? Man hum Ahlussusah Waljamah?] menyatakan dengan jelas golongan Wahhabiyyah adalah fahaman yang bertopengkan Faham Salaf.
Sedangkan mereka sebenarnya hanya mempropaganda nama salaf untuk menyakinkan ummah agar menyokong gerakkan ini bahkan beliau menyatakan dengan berani golongan ini sebenarnya adalah anak cucu cicit Khawarij.

Di dalam kitab Senjata Syari’at yang telah di tashih oleh tiga orang tokoh besar seperti Sheikh Abdullah Fahim, Hj Ahmad Tuan Husin Pokok Sena dan Hj Abdullah Abd Rahman Merbuk Kedah ada menyatakan tentang kitab Zaad al Maad karangan Ibnu Qayyim al Jauzi sebagai kitab yang terkeluar dari aliran Ahlu Sunnah wa al Jama’ah. kerana ia sebagai penyebar aliran Ibnu Taimiyyah.


9-Gerakan Kaum muda/Wahhabi di Malaysia.


Gerakkan Kaum muda di Malaysia sejak tahun 50an sebelum merdeka.

Diantara tokoh yang nenonjol gerakkan ini seperti sheikh Abu Bakar Asy’ari dan Ibrahim al-‘Aqidi.

Abu Bakar Asy’ari menggerakan gerakkan ini di Perlis Indera Kayangan sementara Sheikh Ibrahim pula di Pulau Pinang.

Ada didengar dari orang-orang tua mereka ini adalah anak murid kepada Hasan Bandung yang menggerakkan Muhammadiyyah di Indonesia.

Gerakkan Muhammadiyyah di Indonesia adalah gerakkan yang membawa fahaman Wahhabi.

Fahaman Kaum Muda yang berteraskan ajaran Wahabbi telah bertapak di Perlis dan beberapa tempat di Pulau Pinang sejak tahun 50an hasil dari gelombang Kaum muda yang didokong oleh dua tokoh ini.

Para Ulama pada masa itu telah bangun dalam menangani golongan ini ,diantaranya pertemuan dua pehak yang telah dihadiri oleh Sheikh Ghazali Mufti Perak , Sheikh Abu Bakar al-Baqir dan Ulama’-Ulama’ lain bersama tokoh-tokoh kaum muda yang diantaranya Sheikh Abu Bakar al-Asy’ari , Ibrahim al-‘Aqibi dan lain-lain.

Pertemuan itu berakhir dengan kegagalan Sheikh Ibrahim al-Aqidi menjawab beberapa soalan yang diajukan sehingga beliau jatuh dari kerusi dan meninggal dunia.

Selain itu penulisan para Ulama dalam menjawab serangan golongan ini , diantaranya penulisan Sheikh ‘Abd Qadir al-Mindili yang berjodol “ Sinar matahari buat penyuluh kesilapan Abu Bakar Asy’ari yang telah di cetak di Mesir pada Muharram tahun 1379 H beberapa tahun selepas merdeka.

Begitu juga penulisan Abu Qaniah dan Abu Zahidah yang berjodol ‘Senjata Syari’ah “dan dicetak pada 23/7 1953 telah ditashih oleh Sheikh Abdullah Fahim, Hj Ahmad Tuan Hussin Pokok Sena dan Hj Abd Rahman bin Hj Abdullah Merbuk Kedah ,menjadi bahan bukti betapa wujudnya gelombang Kaum Muda yang berpaksikan ajaran Wahhabi mula tersebar di Malaya sebelum merdeka lagi.

Bahkan dalam surat wasiat Sheikh Abdullah Fahim juga mengingatkan orang-orang Islam di Malaya agar berhati-hati dengan golongan Khawarij yang telah memasuki Negara .


10- Ibnu Taimiyyah , Ibnu Qayyim dan Gerakan Wahhabi.


Ibnu Taimiyyah dan Ibnu Qayyim adalah Ulama kurun yang ke tujuh H.

Gerakan Wahhabi telah menjadi dua orang tokoh ini sebagai asas pegangan dalam semua persoalan Islam.

Ini terbukti bila mana kitab-kitab yang menjadi rujukan asas dalam penulisan dan pemikiran berdasarkan kitab-kitab karangan dua tokoh ini.

Gerakan ini berkerja keras menghimpun dan menyebarkan segala penulisan dua tokoh ini dalam pelbagai cara seperti melalui bahan cetak atau pun media elektronik.

Bahkan kalau kita meneliti laman-laman dan blog-blog golongan ini kita dapat lihat kitab-kitab dua tokoh ini sangat dominan.

Bahkan di Malaysia terdapat markaz yang diberi nama Markaz Ibnu Qayyim al-Jauzi.
Begitu juga terdapat laman web yang domennya Ibnu Qayyim.net.

Kalau kita melihat penulisan tokoh-tokoh golongan ini di Malaysia makalahnya dipenuhi dengan bahan-bahan yang dirujuk dari kitab-kitab dua tokoh ini.

Di antara kitab yang sangat masyhur seperti Fatawa Kubra karangan Ibnu Taimiyyah dan Zaad al Maad karangan Ibnu Qayyim al-Jauzi.

Lihatlah pada Mingguan Malaysia yang bertarikh 28 okt 2007 terpapar penulisan Mufti muda Perlis yang membela Ibnu Taimiyyah dengan mengatakan ramai “tukang ahli fitnah” yang menaburkan pelbagai tuduhan terhadap tokoh ini hanya kerana tidak senang dengan pendekatan Islam yang lebih terbuka dan ilmiyyah.

Adakah pendekatan tauhid tasybih dan tajsim yang terdapat didalam kitab-kitab Ibnu Taimiyyah dan Ibnu Qayyim al-Khariji /al-Jauzi sebagai pendekatan ilmiyyah dan terbuka??atau ia merupakan penghancuran tauhid yang tulin yang diwarisi turun temurun dari para Ulama salihin ??


11-Ahli Sunnah al-Asya’irah.

Golongan yang bera’qidah mengikut apa yang telah dirumuskan oleh Imam Abu Hassan al-Asy’ari dikenali sebagai Asya’irah yang berasal dari kalimah jama’ Asy’ari.

Mazhab Ahli Sunnah Al-Asya’irah dan Al-Maturidiyyah adalah merupakan mazhab yang jelas dalam semua bab-bab ilmu Tauhid, walaupun begitu terdapat setengah golongan yang ingkar berpunca dari kejahilan mereka tentang hakikat mazhab Asyai’rah terutama dalam memahami sifat-sifat khabariah.

Al-Asyairah: mereka adalah merupakan tokoh-tokoh pembawa panji-panji kebenaran daripada Ulama’Muslimin yang ilmu mereka memenuhi bumi dari timur sampai ke barat.

Di antara mereka yang disebutkan oleh Sayyed Muhammad Alawi Al-Maliki sebagai tokoh-tokoh Ulama’-Ulama Asy’irah yang ilmunya memenuhi muka bumi :

1. Sheikh al-Islam Ahmad ibn Hajar al-Asqalani, pengarang kitab Fath al-Bari ala Syarh al-Bukhari.

2. Al-Imam Al-Nawawi, pengarang kitab Syarh Sahih Muslim.


3. Shaikh al-Mufassirin al-Imam al-Qurtuby pengarang kitab al-Jami’ li ahkami al-Quran.

4. Shaikh al-Islam Ibn Hajar al-Haitami pengarang kitab al-Zawajir an iqtiraf al-kabair.

5. Shaikh al-Fiqh wa al-hadith al-Imam al-Hujjah Zakariyya al-Ansyari.

6. Al-Imam Abu Bakar al-Baqillani.

7. Al-Imam al-Asqalani

8. Al-Imam al-Nasafi.

9. Al-Imam al-Syarbini.

10. Abu Hayyan al-Nahwi.

Mereka ini semuanya adalah dari Imam-Imam Asya’irah yang diperakui kebenaran ilmu yang dibawa.


12- Persaksian Para Ulama’.

Terdapat terlalu banyak persaksian para ‘Ulama’ terhadap kebenaran golongan ‘Asya’irah , sebahagiannya:

(1) Kitab Ittihaf Sadat al-Muttaqin oleh Imam al-Zabidi (syarh Ihya ‘Ulumuddin karangan Imam Ghazali).

“Apabila disebutkan golongan Ahli Sunnah wa al-Jamaah, maka maksudnya ialah orang-orang yang mengikut rumusan faham ‘Asy’ari dan faham Abu Mansur al-Maturidi”.

Ini satu isyarat yang jelas dari Imam Zabidi berhubung siapakah Ahli Sunnah wa al Jamaah yang tulin!!

Golongan ini sebenarnya tidak menyenangi banyak kenyataan-kenyataan yang terdapat dalam Ihya’ Ulumuddin karangan Imam Ghazali kerana tidak memihak kepada apa yang mereka perjuangkan.

Justeru mereka berusaha keras mencari dalil sebagai bahan bukti untuk mengendorkan kenyakinan umat Islam dengan mempersende-sendekan tulisan al-Imam yang agung ini seperti mengatakan terdapat banyak hadith-hadith dha’if (lemah) dan maudhu’(palsu).

Tetapi kalau kenyataan di dalamnya memihak dengan apa yang mereka perjuangkan serta bersesuaian dengan selera mereka pastinya mereka akan memuja dengan keterlaluan sebagaimana mereka memuja Ibnu Taymiyyah al Harrani dan mereka yang sealiran dengannya.

(2) Kitab Risalah al Mu’awanah wa al muzaharah wa al muazarah oleh Abdullah ‘Alawy al Haddad.

“Kebenaran itu jelas terpancar pada golongan yang dikenali sebagai al ‘Asy’ariyyah….. “

(3) Kitab al Bayan oleh al Ustaz al Doktor ‘Ali Jum’ah (Mufti Mesir)

“…’Aqidah Nabi s.a.w dan para sahabah adalah ‘aqidah Asya’irah .

Dikatakan kebanyakan qiraat Nabi s.a.w dalam membaca al Quran adalah qiraat Imam Nafe’ walaupun Nabi tidak pernah bertemu Imam Nafe’. Namun ulama’ tidak ragu untuk menisbahkan bacaan Nabi s.a.w dengan qiraat Imam Nafe’.

Kalau begitu tidak lah menjadi kesalahan untuk menisbahkan aqidah Nabi s.a w dan para sahabah dengan aqidah Imam Asy’ary.

Mengapa tidak ! Bila diteliti aqidah yang dirumuskan oleh al Imam ternyata hanya sekadar merumuskan dan meneguhkan(muqarrir) aqidah yang menjadi pegangan Rasullullah dan para sahabat Nabi dengan tanpa menokok tambah .

(4) Dr Sa’ed Ramadhan al Buthy dalam khutbahnya yang dipaparkan di laman web beliau yang bertajuk “al Asya’irah wa al Maturidiyyah”

“Siapakah Asya’irah dan Maturidiyyah? Mereka adalah lisan yang menterjemahkan “Aqidah sawad al a’zam” (majoriti Ulama’) dan Rasul s.a.w memerintahkan umatnya agar berpegang dengan pegangan mejoriti.

Dari penjelasan Dr Saed Ramadhan al Buty jelas beliau menyatakan yang dimaksudkan di dalam hadith Rasulullah s.a w sebagai “sawad l a’zam” (mejoriti Ulama’) adalah “Asya’irah dan Maturudiyyah”.

Beliau juga menekankan betapa dharurahnya kita berpegang dengan “sawad al a’azam” berdasarkan perintah Rasulullah s.a.w yang menyebutkan “’alaikum bi al sawad al a’azam” yang bermaksud: “Hendaklah kamu berpegang dengan amalan yang berpaksikan menjoriti ulama’.”



13-FIKH

Golongan anti mazhab

Di Malaysia setiap kali mereka mengadakan seminar kerap kali mereka akan melaungkan TA’ASUB MAZHAB

Mereka mengatakan Umat Islam di Malaysia khasnya extrim dengan Imam Shafe’.

Mereka juga melaungkan ADAB AL IKHTILAF /adab berbeda pendapat.
Tetapi sebenarnya mereka bertujuan JAHAT.Mereka menggunakan metod ini untuk mengajak kita longgar dengan pegangan dan seterusnya menjadikan fatwa mereka yang ganjil-ganjil pegangan.

Ini terbukti dalam banyak masaalah.Contohnya masaalah batal wdhu’
Mereka mengatakan tidak batal dengan bersentuh kulit diantara lelaki dan wanita yang ajnabi(halal nikah).

Kenapa mereka yang mempromosi ADAB IKHTILAF tidak menghormati ijtihad Imam Shafe’ yang menjadi amalan masyarakat Islam di Malaysia khasnya dan amnya diseluruh dunia??

Kita masyarakat Islam yang berpegang dengan MAZAHIB ISLAMIYYAH MU’TABARAH begitu menghormati perbedaan pendapat diantara mazahib.
Contohnya masaalah zakat di Malaysia diamalkan dengan menggunakan duit/nilai makanan asasi setempat.

Ini merupakan pandangan yang bertentangan dengan mazhab Syafe’.
Namun kita melihat ada kebaikan maka kita mengguna pakai pandangan mazhab yang lebih bersesuaian dengan keaadan semasa.

Dr ‘Ali Jum’ah dalam kitabnya Al Bayan menyatakan dengan tegas bahawa golongan faham ini adalah bersifat MUTASYADDID/مُتَشَدِّدٌ yang membawa
makna extreme !!

Sifat memaksa orang lain berpegang hanya pada pandangannya semata-semata adalah BID’AH MAZMUMAH .

Sementara Dr Saed Ramadhan al Buthy menyifatkan golongan anti mazhab sebagai BID’AH YANG SANGAT MERBAHAYA YANG MENGANCAM SYARIAT ISLAMIYAH.

Kenapa begitu kerana dengan sikap mereka ingin berijtihad secara terus dari sumber yang asal dan sedar akan kemampuan dirinya maka lahirlah ijtihad-ijtihad yang disifatkan oleh Sheikh Muhammad Ghazali sebagai اِجْتِهَادُ طُفُوْلِي (ijtidad anak-anak/ijtihad yang tidak matang).


14-Laungan Tajdid adakah benar satu pembaharuan?


Kerap kita mendengar laungan TAJDID, yang bermakna pembaharuan. Mereka mengatakan apa yang menjadi amalan masyarakat Islam sebagai lapuk, berkulat dan bercendawan. Amalan-amalan yang diamalkan sekian lama di Malaysia tidak bersandarkan nas-nas yang jelas dari Allah dan Rasul-Nya. Jestru itu, mereka mengatakan perlu dikaji semula segala amalan ini yang disebut sebagai TAJDID! Di antara amalan yang disebut sebagai perlu ada “TAJDID” ialah seperti berikut:

1- Amalan Yasin di malam Jumaat.
2- Tahlil arwah.
3- Kenduri arwah.
4- Bacaan Quran di samping jenazah bila berlaku kematian.
5- Bacaan Quran di Kubur.
6- Bacaan al-Fatihah bila jenazah keluar dari rumah.
7- Haram membinkan Abdullah bagi mereka yang memeluk Islam.
8- Boleh memberi dan menjawab salam daripada orang kafir.
9- Daging babi tidak najis.
10- Bersentuh dengan perempuan yang ajnabiyyah tidak membatalkan wudhuk.
11- Maulid itu syirik.
12- Bacaan barzanji itu syirik.
13- Berdiri waktu selawat juga syirik.
14- Selawat yang tiada warid itu dilarang.
15- Selawat tafrijiyyah itu syirik.
16- Tahi ayam tiada najis.
17- Bila bertembung Jumaat dan hari raya, gugur salat Jumaat.
18- Tiada air musta‘mal.
19- Boleh jama‘ dan qasar pada bila-bila masa, tanpa mengira dari sudut marhalah.
20- Sifat dua puluh tiada sunnah dalam mempelajari tauhid.
21- Tauhid yang sunnah itu, tauhid tiga T; Rububiyyah, Uluhiyyah dan Asma’ wa Sifat.
22- Taqlid pada Ulama mujtahid dilarang dan ada yang mengatakan taqlid buta.
23- Imam Ghazali itu banyak meletakkan hadith-hadith palsu dalam Ihya’ Ulumuddin.
24- Ibnu Batutah sejarawan yang tidak boleh dipegangi.
25- Tawassul dan tabarruk itu syirik.
26- Dan lain-lain lagi.

Adakah amalan-amalan ini merupakan amalan turun temurun nenek moyang yang bersifat warisan?? atau mungkin boleh dikatakan sebagai amalan-amalan yang sama seperti bersemah di sawah, bersemah di tepian pantai, amalan mandi bunga dan lain-lain??


Hujjah yang diutarakan golongan ini seakan rasional!! Tetapi tidak semua yang seakan rasional itu betul!! Seperti kenapa talaq hanya diberikan kepada kaum lelaki? Secara singkat kita berfikir seakan tidak adil!! Adakah ini sebagai rasional!! Kalau anda bersetuju dengan pandangan ini, seakan senada seirama dengan Islam Libral!! Kalau begitu setiap perkara itu perlu dilihat dengan teliti sebelum menghukum, kerana takut-takut tersalah, tersilap dan ini akan menidakkan perkara-perkara yang baik di sisi Syara‘ yang telah diamalkan sekian lama. Dan lebih menakutkan lagi, takut kita menidakkan amalan-amalan baik yang didasarkan dengan nas-nas yang bersifat umum dari al-Quran dan al-Hadith, sehingga membawa kepada menafikan keduanya! Ini sangat merbahaya!!!

Oleh kerana itu di ruangan ini saya ingin mengajak bersama merenung semula apakah benar GELOMBANG TAJDID yang dilaung-laungkan, atau sekadar gimik dan ingin mencari glamour!! atau ingin sekadar mencari kelainan!! sehingga membawa namanya dipersada tanah air sebagai wira….

Kalau ditelek-telek dan diteliti apa yang dibawa oleh GERAKAN TAJDID seakan senada seirama dengan gerakan-gerakan yang lepas seperti gerakan Hassan Bandung (persatuan Islam Bandung), Muhammadiyyah di Indonesia, Ansar al-Sunnah, Atba‘ al- Sunnah, pemikiran al-Bani, pemikiran Bin Baz, pemikiran Uthaimin, gerakan Salafiyyah (Wahhabiyyah) di Timur Tengah, gerakan kaum muda (mudah), gerakan Abu Bakar Asy‘ari di Utara Malaysia, aliran Wahhabiyyah di kurun ke 12H, pemikiran Ibnu Taimiyyah serta anak muridnya Ibnu al-Qayyim al-Jauzi (al Khaariji) di kurun ke tujuh masuk ke lapan hijrah.

Kelihatan setelah diintai-intai pemikiran golongan TAJDID senada seirama, seakan tidak dapat dipisahkan antara nada dan lagu. Tarian aliran ini memang tarian yang ditarikan oleh aliran yang disebutkan tadi. Rentak, lenggang-lenggoknya memang tidak ada cacat celanya dengan rentak tarian aliran-aliran yang disebutkan tadi.

Mungkin kita boleh mengatakan memang mereka ingin mempromosi semula tarian lama yang telah lapuk dek zaman dan bercendawan dek abad berabad.

Memang betul lah kalau mereka mengatakan itu TAJDID!! Tajdid tarian lama yang dah tak laku cuba dipersembahkan semula dengan segala macam bunga-bunga hiasan baru. Ramai yang terpukau , seperti disantau sehingga kelihatan seperti dirasuk syaitan.

Di tangan saya ada beberapa buku-buku yang ditulis pada tahun-tahun sebelum merdeka. Setelah diteliti seakan terdapat pertembungan pemikiran dan fahaman. Saling menjawab di antara satu sama lain.

Di antaranya buku yang dikeluarkan oleh PERSATUAN ISLAM BANDUNG, dikenali juga pada masa itu sebagai pengikut HASSAN BANDUNG, bertajuk “soal jawab”, cetakan pertama yang diterbitkan oleh PERSAMA PRESS, Acen Street Pulau Pinang pada tahun 1953. Kalau diamati kandungan buku tersebut terpapar di sana perkara-perkara yang dikatakan sebagai TAJDID oleh pendokong-pendokong aliran ini.


Di antaranya yang tersebut di bahagian kandungan seperti berikut:

1- Ahli kubur tak bisa dibikin dengar (masaalah talkin) .
2- Babi dan dagingnya tidak najis.
3- Taqlid dilarang.
4- Tawassul dengan berhala.
5- Fidyah puasa atas yang bisa dengan susah payah.
6- Urusan dunia boleh bid‘ah.
7- Talqin bid‘ah.
8- Jari diguyang-guyang dalam tahiyyat.
9- Ziarah kubur .
10- Qunut Rasullullah s.a.w sebulan .
11- Makanan untuk orang kematian.
12- Atba‘ dan ijtihad .
13- Talaffuz niat/melafazkan niat.
14- Quran dan tahlil buat si mati.
15- Qunut, selawat dan waktunya.

16- Masalah muqallid.
17- Wa bihamdih dalam ruku‘.

Dan lain-lain yang masih banyak lagi.

Kalau diamati isi kandungan buku Hasan Bandung ini saling tak tumpah dengan gerakan Tajdid sama ada di Malaysia maupun di seluruh dunia.

Lebih mengukuhkan hujjah lagi bila kita meneliti penulisan-penulisan Pendita Za’ba yang baru-baru ini dipaparkan oleh seorang yang baru beberapa hari bergelar Sahibus Samahah Dr. Mufti, untuk mengukuhkan hujjah-hujjahnya dalam mendokong slogan Tajdidnya. Dah habis modal ker?? Orang yang dikenali sebagai ahli bahasa pun dipikul untuk menjadikan hujjah dalam masalah agama!! Semua orang tau tentang kepakaran beliau. Rupa-rupanya sipendita ini pun telah diresap pemikiran seperti buku Hassan Bandung!!!

Yang peliknya kalau kita utarakan hadith-hadith, cepat-cepat dia melatah, mengatakan dha‘if lah!! palsu lah!! dan berbagai lagi anggapan-anggapan yang tidak menyenangkan. Yang jelasnya dalil-dalil itu tak sesuai dengan alirannya.

Tetapi kalau sesuatu dalil itu sehaluan dengan alirannya maka dalil yang tak terpakai pun menjadi hujjah seakan Hadith yang sahih dari Bukhari dan Muslim. Kita menunggang kebenaran atau kebenaran menunggang kita?? Aneh dan pelik tetapi benar!!


15-Perpecahan yang dijanjikan oleh Nabi s.a.w


Nabi s.a.w bersabda:

فَإِنَّهُ مَنْ يَعِشْ مِنْكُمْ مِنْ بَعْدِيْ فَسَيَرَى اخْتِلاَفًا كَثِيْرًا ...

Maksudnya:
“Barangsiapa hidup selepas dari ku maka pastinya dia akan melihat perselisihan yang banyak … ”.
(Riwayat Abu Daud)


Carta Firqah:

No Nama Firqah Jumlah Aliran
1 SYI‘AH 22
2 KHAWARIJ 20
3 MU‘TAZILAH 20
4 MURJI’AH 05
5 NAJARIYYAH 03
6 JABARIYYAH 01
7 MUSYABBIHAH 01

jumlah 72


1.3 Aliran-aliran umat Islam hari ini ada yang bergerak atas nama-nama di atas seperti faham Syi‘ah dan sebahagian yang lain dengan nama-nama yang baru yang kalau diamati ternyata pemikiran faham itu berdasarkan sebahagian firqah-firqah di atas.

1.4 Rasulullah s.a.w menjanjikan kebenaran kepada golongan Ahlus Sunnah Wa al-Jama‘ah, sebagaimana di dalam hadith:

مَا أَناَ عَلَيْهِ وَأَصْحَابِيْ.
Maksudnya:
“Mereka yang berpegang dengan sunnah ku dan sunnah para sahabat”.

16-Neraca kebenaran

إِنَّ أُمَّتِي لا تَجْتَمِعُ عَلَى ضَلالَةٍ ، فَإِذَا رَأَيْتُمُ الإِخْتِلَافَ فَعَلَيْكُمْ بِسَوَادِ الأَعْظَمِ.
“Sesunguhnya (ulama’) umatku tidak akan bersepakat dalam kesesatan, dan sekiranya kamu melihat perselisihan hendaklah kamu berpegang dengan al-Sawad al-A’zham (Majoriti para ulama’).”

17-Kesimpulan

1- Dalam mencari kebenaran hendaklah kita berpegang dengan pegangan yang disepakati ramai.
2- Mempelajari Islam dari ramai guru.
3- Tinggalkan sikap TA’ASSUB kepada seseorang.
4- Mengelak diri dari guru-guru yang pandangannya berbeza dari majoriti.
5- Elakkan dari mempelajari Islam hanya dengan membaca tanpa berguru.
6- Mengawal kawasan dari dimasuki golongan ini.
7- Mengenal pasti ciri-ciri golongan ini [Lihat Lampiran I]
8- Pihak yang bertanggung jawab hendaklah sentiasa memantau di seluruh kawasan.Tanpa pemantauan yang berkala mereka akan berterusan bergerak.
9- Memastikan guru-guru yang mengajar di masjid-masjid, surau-surau pejabat dan di mana jua dari mereka yang mendapat kebenaran.
10 -Segera laporkan kepada pihak yang berwajib .


Wassalam.

Tuesday, March 10, 2009

Program Ceramah Ustaz Haji Mahfuz Bin Muhammad.

Tarikh: 12/03/2009.

Tempat: Dewan Ma'ahad as-Sultan Ahmad Shah Bandar Jengka Pahang.


Masa: 8.00 pagi-12.30 thg.

Tajuk Ceramah:Ajaran Sesat & Ahli Sunnah Wal Jamaah.

(Dengar Ceramah Pada Paparan Video Youtube.)



Tarikh: 12/03/2009.

Tempat: Masjid Jabatan Penjara Kajang Malaysia.

Masa; Selepas Solat Maghrib.


Tajuk:Ceramah Maulidur Rasul 1430H


(Dengar Ceramah Pada Paparan Video Youtube.)



Tarikh: 25/03/2009.

Tempat: Dewan Feldajaya Selatan Bandar Seri Jempol, Negeri Sembilan.

Masa: 8.00 pagi-01.30 thg.

Tajuk:Bida'ah Dhololah Suatu Penjelasan Mengikut Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Al-Kuliyyah - Masalah Bida'ah.